Rasanya masih belum
terlambat untuk kami mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca
setia cisdel.com. Seperti tahun-tahun lepas, pada awal tahun kami akan
kongsikan beberapa post paling menarik yang pernah kami terbitkan di
cisdel.com sepanjang tahun sebelumnya. Sepanjang tahun 2012, sebanyak
215 post telah kami terbitkan dan blog ini telah menerima lawatan sebanyak
1 juta kali dalam
tahun 2012.
Walaupun jumlahnya tak seberapa tapi setiap lawatan yang kami terima
itu sangat kami hargai dan menaikkan lagi semangat kami. Dengan ini kami
mempersembahkan 12 post paling menarik di blog ini sepanjang 2012.
Kalau ada yang terlupa atau tak pernah baca tu jemput la baca ye hehe.
1) Koleksi Bunga Mawar yang Sangat Unik.

Dalam post ini kami ada kongsikan lebih 12 jenis bunga mawar, tetapi
bukan bunga mawar yang biasa. Setiap satu bunga yang kami kongsikan itu
sangat unik dan tidak sama seperti bunga mawar yang anda biasa lihat.
Nak tahu apa keunikkannya? Sila layari post berkenaan.
2) Koleksi Gambar Baby yang Sangat Comel sedang Tidur

Kalau anda perasan di cisdel.com memang banyak post-post tentang
gelagat baby yang sangat comel dan ini adalah antara post kegemaran
kami. Dalam post ini kami ada kongsikan 25 gambar baby comel yang sedang
tidur dengan pelbagai gelagat. Apa yang mengagumkan kami adalah semua
gambar-gambar berkenaan adalah tulen dan tiada kesan khas atau Photoshop
digunakan langsung.
3) Posisi untuk Tidur Bersama Bayi di Atas Katil

Gambar-gambar dalam post ini kami ambil dari satu blog yang mengajar
tentang cara-cara menjadi baoa yang mithali. Apa yang menarik tentang
post ini adalah ia tunjukkan posisi yang mungkin biasa dialami oleh para
bapa jika ingin tidur bersama bayi di atas katil.
4) Koleksi Gambar Bayi Comel yang Sedang Marah

Satu lagi post bayi comel yang menarik di cisdel.com pada tahun
lepas. Jika sebelum ini bayi comel sedang tidur kali ini kita tengok
bayi comel sedang marah pula hehe. Walaupun mereka sedang marah tapi
mereka tetap comel
5) Gambar-gambar Pemain Bola Sepak Terkenal Sewaktu Kecil

Kalau anda peminat bola sepak dan nak tengok macam mana rupa pemain
kesukaan anda semasa masih kecil inilah post yang anda cari-cari hehe.
Ada 17 gambar pemain bola sepak terkemuka semasa masih kecil termasuklah
Messi, Ronaldo, Christiano Ronaldo, dan ramai lagi hehe.
6) Lukisan 3D Ikan Emas yang Sangat Mengagumkan.

Pertama kali kami nampak gambar-gambar ini semua memang kami tak
percaya ia adalah lukisan. Ia bukan sahaja nampak realistik tapi dilukis
dalam bentuk 3 dimensi menggunakan beberapa lapisan lukisan. Nak tengok
macam mana rupa ikan emas 3D itu sila baca post berkenaan. Dalam post
itu juga kami ada kongsikan bagaimana pelukisya menghasilkan gambar ikan
emas 3 dimensi berkenaan.